"Ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.
Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti
seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik
pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana
terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu
juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan
kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan
masyarakat Orang Asli." (Wikipedia, Ensiklopedia Bebas Bahasa Melayu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan